Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Emas 200m milik Khairul, gagal padam rekod 48 tahun
Diterbitkan:  Jul 29, 2016 10:14 AM
Dikemaskini: 2:24 AM

Atleh olahraga Melaka Khairul Hafiz Jantan berjaya mengutip pingat peribadi ketiga selepas muncul juara acara pecut 200 meter akhir Sukma ke-18 di Kuching sebentar tadi.

Dengan catatan masa 21.03 saat, hasrat pelari berusia 18 itu untuk memadam rekod kebangsaan 48 tahun nampaknya belum berhasil.

Bagaimanapun, Khairul Hafiz berjaya memperbaharui rekod kejohanan yang diciptanya semalam pada peringkat separuh akhir acara itu dengan catatan masa 21.14.

Rekod kebangsaan acara 200m masih menjadi milik pelari legenda negara Tan Sri M Jegathesan iaitu 20.92s yang dicatat di temasya Sukan Olimpik 1968 di Mexico.

Rabu lalu Khairul Hafiz meleburkan 18 tahun rekod kebangsaan 100 meter dengan catatan masa 10.18 saat.

Rekod itu sekali gus mengatasi pencapaian dan rekod milik Watson Nyambek dengan catatan masa 10.30 saat yang dicipta pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia pada 1998.

 

Lihat Komen
ADS