Bunyinya kelakar, tapi itulah yang terjadi kepada seorang pemain Paris Saint Germain (PSG) apabila diberi gelaran seekor raksasa Pokemon oleh rakan sepasukannya.

Pemain pertahanan kelab itu, Layvin Kurzawa menyifatkan rakannya Angel Di Maria sebagai Rattata, satu watak yang memiliki badan berwarna ungu muda dalam siri kartun dan permainan Pokemon.

 

Rattata merupakan seekor haiwan menyerupai tikus yang memiliki telinga besar dan gigi yang panjang.

 

Melalui aplikasi Snapchat, Kurzawa mengatakan ada persamaan antara Di Maria dan Rattata.

"Rattata," panggil Kurzawa sebaik Di Maria memasuki bas yang membawa pemain kelab Perancis itu.

Pemain skuad kebangsaan Argentina itu lantas memberi reaksi dengan memukul telefon pintar Kurzawa yang sedang merakam pergerakannya.

"Kepala dia mirip Rattata," kata Kurzawa berseloroh.

 

Kedua-dua pemain itu menyertai PSG pada musim panas tahun lalu.

Kurzawa disunting PSG dari AS Monaco, manakala Di Maria dari Manchester United.

Mereka berjaya membantu PSG meraih tiga gelaran sepanjang musim lalu iaitu Ligeu 1, Piala Perancis dan Coupe de La Ligue.