Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Sukan
Wander Luiz gagalkan misi The Fighters
Diterbitkan:  Aug 3, 2016 10:57 PM
Dikemaskini: 3:33 PM

Hasrat Felda United untuk mengutip tiga mata penuh di Kota Bharu berkecai apabila sekadar seri 1-1 berdepan Kelantan, sebentar tadi.

Keputusan di Stadium Sultan Muhammad IV itu sekali gus merencatkan rancangan pasukan pelawat untuk bersaing rapat dengan pendahulu Liga Super, JDT.

Skuad The Red Warriors dikejutkan dengan jaringan awal The Fighters pada minit ketujuh.

Penyerang Felda United, Forkey Doe bijak menyudahkan peluang susulan kesilapan pertahanan tuan rumah.

Anak buah Irfan Bakti Abu Salim tampil menguasai bola pada awal permainan.

Lebih-lebih lagi skuad tuan rumah dilihat masih bermasalah di posisi tengah dan pertahanan sehingga memberi banyak ruang untuk pasukan lawan mengatur serangan.

Bagi Irfan Bakti, keputusan itu tidak memadamkan hasrat mereka untuk terus mengejar dan mengatasi kedudukan JDT.

"Kesebelasan utama yang turunkan beraksi dengan baik dan kami akan teruskan perjuangan untuk mengejar yang teratas.

"Dengan baki enam perlawanan, macam-macam boleh berlaku dan perlawanan selepas ini bertemu Terengganu saya harap kita kutip tiga mata penuh," kata Irfan selepas perlawanan.

Separuh masa pertama dilihat menjadi milik Felda United, kombinasi pemain seperti Zah Rahan Krangar, Ahmad Syamim Yahya, Christie Jayaseelan dan Forkey Doe cukup mudah mengatasi taktikal Kelantan.

JDT juga kutip satu mata

Namun, beberapa percubaan tercipta pemain Felda United berjaya dinafikan penjaga gol TRW Khairul Fahmi Che Mat.

Kembali dari bilik persalinan 45 minit terakhir menyaksikan situasi berbeza, Kelantan mula menguasai gelanggang mereka dengan asakan demi asakan.

Sehinggalah ledakan kaki kiri Wander Luiz Junior berjaya menghasilkan gol penyamaan pada minit ke-76.

Sementara itu di Stadium Bandaraya Pulau Pinang menyaksikan kunjungan JDT juga gagal mengutip tiga mata penuh apabila seri 1-1 dikekang skuad tuan rumah.

Situasi tidak jauh berbeza dengan apa yang berlaku di Kota Bharu, JDT tampil selesa dengan gol di awal separuh masa pertama sebelum diikat gol penyamaan Pulau Pinang di babak masa kedua.

Keputusan perlawanan ke-16 malam ini masih mengekalkan JDT sebagai pendahulu liga, diikuti Felda United di tangga kedua dengan perbezaan dua mata.

Keputusan lain:

T-Team 1-0 Selangor
Perak 1-0 PDRM
Sarawak 2-1 Terengganu

 


 

Lihat Komen
ADS