Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Walaupun hanya menang tipis 1-0, JDT tetap mengutip tiga mata penuh berdepan Perak di Stadium Ipoh, sebentar tadi.

Keputusan itu juga menyaksikan kebangkitkan pasukan pelawat di depan penyokong The Bos Gaurus selepas mereka tewas 0-3 Sabtu lalu.

Pada aksi ke-17 Liga Super itu, kemenangan anak buah Mario Gomez meletakkan kedudukan lebih selesa sebagai pendahulu liga.

Ia susulan pencabar terdekat mereka, Felda United seri 2-2 berdepan Terengganu di Jengka, Pahang.

Berbeza pada pertemuan lalu, JDT dan Perak masing-masing tampil agresif menjadikan perlawanan lebih 'panas'.

Insiden kekasaran dan kurang berpuas hati dengan keputusan pengadil turut menghiasi pertembungan kedua-dua pasukan disamping perlawanan terhenti seketika akibat gangguan teknikal lampu limpah stadium.

Tiada magis dicipta oleh barisan anak buah Karl-Heinz Weigang, walaupun mereka dilihat sudah kerja keras.

Separuh masa pertama memperlihatkan JDT menguasai permainan dengan serangan pantas walaupun Perak cuba mengimbangi asakan.

Kedua-dua pasukan berjaya berbalas percubaan di awal perlawanan, namun masing-masing berjaya menafikan asakan lawan.

JDT seperti biasa lebih banyak bermain dengan hantaran-hantaran pendek dan menggunakan sepenuhnya kelebihan pemain di setiap posisi khususnya di bahagian sayap.

Sementara skuad tuan rumah lebih banyak mempraktikkan hantaran jauh dan serangan balas pantas yang lebih mudah dipatahkan oleh barisan jentera pertahanan JDT.

Bagaimanapun, minit ke-17 menjadi pemisah kedudukan apabila penyerang sandaran Harimau Selatan, Jorge Pereyra Diaz berjaya menanduk gol tunggal untuk pasukannya.

Sementara itu, aksi 45 minit kedua awalnya Perak memperlihatkan penguasaan sebelum asakan JDT lebih hebat ke kawasan benteng pertahanan tuan rumah.

Bagaimanapun, tiada jaringan berjaya dihasilkan kedua-dua pasuakn sehingga wisel penamat ditipukan pengadil perlawanan.

Keputusan itu meletakkan JDT berkelabihan empat mata meninggalkan Felda United di tangga kedua Liga Super, manakala Selangor kekal ditangga ketiga walaupun tewas 0-1 bertemu Kedah.

Keputusan lain:

Kelantan 2-0 T-Team
PDRM 1-0 Pahang
Sarawak 0-2 Pulau Pinang
 

Lihat Komen
ADS