Frank de Boer akan memulakan perjalanan baru kariernya dengan membimbing Inter Milan.
Lelaki kelahiran Belanda berusia 46 tahun itu mengaku tidak mampu menolak tawaran skuad Nerazzurri.
Inter Milan semalam mengesahkan de Boer dipilih sebagai pengurus baru menggantikan Roberto Mancini dengan kontrak selama tiga tahun
De Boer sebelum ini tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas meninggalkan Ajax Amsterdam akhir musim lalu.
Walaupun awalnya dia lebih memilih untuk berehat namun tawaran Inter Milan memberi tarikan yang sukar untuk ditolak sehingga dia terdorong untuk dia kembali ke padang bola.
"Selepas tewas 1-6 kepada Tottenham Jumaat lalu, Inter Milan menghubungi saya.
"Saya sudah bercakap dengan pemilik kelab dan perbincangan berjalan sangat lancar, tetapi saya katakan mereka perlu selesaikan masalah dengan Roberto Mancini dulu sebelum menyentuh mengenai kontrak saya.
"Saya sebenarnya merancang untuk bercuti panjang dan belajar di kelab-kelab besar dalam bidang kejurulatihan. Tapi ketika Inter Milan datang, anda tidak boleh berkata tidak," katanya seperti dilaporkan Telegraph Sport.
Selepas meninggal Ajax, De Boer mengakui berminat dengan beberapa kelab termasuk dari Itali dan England. Malah dia sempat digosipkan dengan kelab seperti Everton.
"Saya sedikit terkejut, kerana kelab dari Serie A tertarik dengan jurulatih Itali. Saya fikir masa depan saya di tempat lain.
"Ada banyak komunikasi dengan kelab-kelab di England, Tapi ketika Inter datang kepada, saya sedar saya mahu ke sana," jelasnya.
