Kejutan lagi di gelanggang tenis.

Gagal mempertahankan pingat emas dalam acara beregu pemain nombor satu dunia Serena Williams tumpas pula di acara perseorangan.

Lawan yang menundukkan Serena ialah bakat baru dari Ukraine, Elina Svitolina, yang berada di ranking ke-20 dunia.

Membawa reputasi sebagai pemenang siri Grand Slam sebanyak 22 kali Serena tunduk kepada Elina 6-4 dan 6-3 di pusingan ketiga temasya Olimpik di Rio de Janeiro.

Dianggap antara persembahan terburuk Serena, dia melakukan 37 kesilapan mudah sepanjang perlawanan berkenaan.

Semalam pemain nombor satu lelaki dunia Novak Djokovic tersingkir oleh ketangkasan pemain Argentina, Juan Martin Del Potro.

Turut kalah adalah pemain nombor dua dunia Andy Murray yang gagal dalam saingan beregu. Namun dia berpeluang terus bersaing di Rio de Janeiro kerana masih terselamat untuk saingan perseorangan.

Di atas kertas Murray dilihat tidak bermasalah mempertahankan pingat emas dimenanginya di London pada 2012.