Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Messi kembali sarung jersi Argentina
Diterbitkan:  Aug 13, 2016 3:19 PM
Dikemaskini: 7:31 AM

Selepas hampir dua bulan bersara bintang Barcelona, Lionel Messi memberikan khabar gembira buat peminatnya di Argentina apabila bakal kembali menyarung jersi kebangsaan.

Pada 26 Jun lalu dia membuat keputusan untuk bersara  selepas gagal membawa Argentina menjuarai Copa Amerika 2016.

Kegagalan itu menjadi tamparan hebat buat penyerang 29 tahun itu, lebih-lebih lagi sudah empat kali melalui kekalahan dalam kejohanan besar bersama Argentina.

Keputusan untuk kembali menyarung jersi kebangsaan itu tidak terlepas daripada hasil pujukan jurulatih baru skuad La Albiceleste, Edgardo Bauza.

"Saya melihat ada banyak masalah dalam bola sepak Argentina dan saya tak mahu menambah masalah tersebut. Saya tidak mahu melakukan kemudaratan, tetapi ingin membantu dengan apa cara sekali pun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan keputusan itu, Messi mahu perkuatkan skuad Argentina dengan keinginan untuk membaiki mutu bola sepak negaranya itu.

"Banyak perkara yang perlu diperbaiki, namun saya lebih suka membantu dari dalam berbanding mengkritik dari luar.

"Banyak perkara yang terlintas di fikiran pada hari itu (final Copa Amerika)," jelasnya.

"Saya memutuskan untuk meninggalkan pasukan. Tetapi saya sangat mencitai jersi dan negara saya.

"Saya berterima kasih kepada semua penyokong yang mahu saya terus bermain untuk Argentina. Saya harap dapat memberi gelaran (juara) kepada mereka secepat mungkin," tambahnya.

Sementara itu, kembalinya Messi ke skuad kebangsaan dilihat akan menjadi sandaran pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Uruguay 2 September depan.

Anak buah Bauza kini berada di pusingan ketiga dengan mengumpul 11 mata daripada enam perlawanan zon Amerika Latin.

Lihat Komen
ADS