Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Sukan

Belum pun bermula musim baru Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) namun hari ini disahkan persaingan itu akan berlangsung tanpa pembabitan pasukan Johor.

Perkara itu diumum Pengerusi LBR Datuk Dr Shamsul Anwar ‎Sulaiman hari ini.

Menurut beliau, Johor menjadi satu-satunya negeri yang tidak menghantar penyertaan berbanding 10 pasukan yang menyertainya musim lalu.

"Musim ini kami menerima surat daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengatakan mereka menarik diri daripada menyertai LBR atas faktor di Johor sudah mempunyai liga sendiri.

"‎Mereka memberi alasan mengatakan kesibukan jadual perlawanan liga di sana dan tidak dapat memberi komitmen kepada LBR," katanya pada sidang media selepas merasmikan Taklimat LBR Musim 2016-2017 di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun Shamsul Anwar berkata, pihaknya menghormati keputusan yang dibuat PBNJ ‎itu.

"Walaupun kita kehilangan 10 pasukan daerah di Johor, jumlah penyertaan musim baru ini turut bertambah dan menyamai jumlah pasukan tahun lalu.

"Tahun ini kita juga menerima penyertaan daripada Angkatan Tentera Malaysia," katanya.

Tambah beliau, jumlah penyertaan kali ini melibatkan 109 pasukan seperti musim lalu dan bermula 24 September depan.

Katanya, penganjur utama iaitu Bank Rakyat akan mengadakan karnival di Stadium Negeri di Kuching sempena perlawanan tumpuan sepak mula melibatkan pasukan dari Sarawak.

Lihat Komen
ADS