Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Sukan
Atlet paralimpik buktikan kita bukan 'jaguh kampung' - KM
Diterbitkan:  Sep 12, 2016 4:11 PM
Dikemaskini: 10:55 AM

Tiga rakyat Malaysia yang memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Rio dan memecahkan rekod dunia membuktikan kita mampu mencapai kejayaan di arena antarabangsa, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Kemenangan mereka adalah membanggakan dan membuktikan bahawa atlet kita boleh menjadi juara dunia dan bukan semata-mata jaguh kampung," kata Lim dalam satu kenyataan.

Beliau mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga atlet berkenan - Abdul Latif Romly, Ridzuan Mohamad Puzi dan Ziyad Zolkefli kerana menjulang nama negara.

"Akhirnya, kerajaan persekutuan menyaksikan sedikit kejayaan dalam arena sukan," kata Lim yang juga adalah setiausaha agung DAP.

"Mungkin Kementerian Belia dan Sukan boleh belajar rahsia kejayaan itu supaya ini boleh diulangi pada Sukan Olimpik 2020 akan datang di Tokyo," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS