Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Empat pelari 1,500m Paralimpik atasi emas Olimpik
Diterbitkan:  Sep 13, 2016 4:21 PM
Dikemaskini: 8:37 AM

Ahad lalu, Fouad Baka dari Algeria menamatkan saingan akhir larian 1,500 meter (T12/13) dalam masa 3 minit 49.84 saat di Stadium Maracana di Rio de Janeiro, Brazil.

Ia menakjubkan, sangat pantas jika dia melakukan catatan masa itu di lapangan sama pada Ogos lalu untuk menewaskan pemenang pingat emas Olimpik Rio Matthew Centrowitz Jr dari Amerika Syarikat.

Centrowitz Jr hanya merekodkan 3 minit dan 50 saat di garisan penamat untuk emas miliknya.

Sayangnya Fouad tidak beraksi di temasya Olimpik. Dia mengambil bahagian dalam Paralimpik dan menamatkan larian di belakang tiga atlet lain.

Fouad meraih tempat keempat untuk kategori cacat penglihatan dengan catatan masa mengatasi Centrowitz Jr.

Di depannya pemenang pingat gangsa, Henry Kirwa dari Kenya (3:49.59), pingat perak Tamiru Demisse dari Ethiopia (3: 48,59) dan pemenang emas Abdellatif Baka (3:48.29) yang juga saudara kembar Fouad.

"Bukan mudah untuk meraih pingat emas ini," kata Abdellatif selepas aksi akhir seperti dilaporkan huffingtonpost.com.

"Saya telah kerja keras tanpa henti sejak satu atau dua tahun dan ia sangat sukar bagi saya," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS