Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Sukan
Malaysia gegarkan gelanggang di SEABA 2016
Diterbitkan:  Sep 22, 2016 3:19 PM
Dikemaskini: 7:24 AM

Pasukan wanita kebangsaan terus menggegarkan gelanggang bola keranjang di kejohanan bola keranjang asia tenggara (SEABA) di Melaka apabila mengalahkan pasukan Indonesia, 74-31 malam tadi.

Malaysia meneruskan persembahan yang baik dalam kejohanan ini selepas memenangi pingat emas dalam Sukan SEA yang lalu.

Pasukan kebangsaan menang mudah dalam perlawanan menentang Indonesia, tetapi bakal disambut cabaran dari Filipina dan Thailand.

Ketua jurulatih kebangsaan wanita, Yoong Sze Yuin dalam kenyataan yang disiarkan oleh persatuan bola keranjang Malaysia (MABA) menyatakan bahawa Malaysia mempunyai peluang yang cerah dengan rentak serangan dan pertahanan yang mantap, tetapi jaringan tiga mata dan 'free throw' atau balingan percuma masih tidak memuaskan.

Pemenang pingat emas sukan SEA 2015 di Singapura itu turut mengulangi kemenangan pertama selepas melumpuhkan pasukan Indonesia pada hari Selasa dengan pungutan mata 74-31.

Kejohanan kali ini diadakan di Malaysia lagi sejak 2012 dan Malaysia mempunyai potensi yang baik untuk menjuarai dan seterusnya layak ke kejohanan peringkat Asia.

Tujuh pasukan di Asean menyertai kejohanan kali ini termasuk Laos, Vietnam, Filipina, Thailand, Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Malaysia akan beraksi dalam perlawanan seterusnya menentang Singapura pada 8 malam ini yang juga disiarkan secara langsung di Astro Arena.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS