Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Polo sukan SEA: Jika terpilih, KJ menteri pertama jadi atlet
Diterbitkan:  Oct 4, 2016 12:12 PM
Dikemaskini: 5:10 AM

Tidak cukup sekadar memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilapor akan turut serta menjadi atlet pada temasya Sukan Sea 2017.

Sekiranya terpilih, beliau bakal mencatat sejarah sebagai menteri Kabinet pertama menyertai temasya sukan.

Khairy Jamaluddin bakal membuat penampilan pertama sebagai atlet negara dalam acara polo berpasukan selepas layak secara merit berdasarkan pemilihan yang dibuat Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA).

Perkara itu diumumkan Presiden Kelab Polo Putra, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, semalam.

Media hari ini melaporkan Khairy Jamaluddin adalah antara 12 atlet negara yang disenarai pendek bagi acara tersebut.

Selain Khairy, pasukan polo negara dianggotai sepenuhnya sebahagian besar pemain profesional yang pernah beraksi di Sukan SEA Korat.

Khairy Jamaluddin ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Akademi Sazali Samad di Cyberjaya, hari ini, berharap, pemilihannya kelak dibuat berdasarkan merit dan kemampuan untuk mewakili negara.

“Pemilihan yang akan dibuat biarlah berdasarkan kepada merit.

“Saya rasa atlet lain akan menjadi inspirasi kepada saya sekiranya saya dipilih,” katanya.

Sukan Sea Kuala Lumpur akan berlangsung pada 19 hingga 31 Ogos tahun depan.

Lihat Komen
ADS