Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Sukan
FAM denda Perak, JDT susulan tindakan penyokong
Diterbitkan:  Nov 3, 2016 6:08 PM
Dikemaskini: 2:01 PM

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui mesyuarat jawatankuasa tatatertib mendenda Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), masing-masing melibatkan dua kesalahan.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Kang Hwee Gee berkata PBSP didapati bersalah atas pertuduhan pertama susulan tindakan penyokongnya membaling botol minuman ke arah penyokong JDT pada perlawanan Liga Super 6 Ogos lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Pafa didapati bersalah kerana penganjurannya pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Ipoh itu mengakibatkan kecederaan.

"Perak didenda sebanyak RM10,000 di atas kesalahan pertama, manakala bagi kesalahan kedua didenda sebanyak RM37,500 dan bermain tiga perlawanan rasmi seterusnya tanpa penonton di gelanggang sendiri," katanya pada kenyataan media hari

Justeru Pafa juga diberi amaran keras akan menghadapi hukuman lebih berat jika mengulangi kesalahan sama.

Sementara itu, menurut Hwee Gee, PBNJ didapati bersalah susulan tindakan penyokong JDT membaling botol minuman ke arah penyokong Perak, memusnahkan papan iklan dan mencederakan seorang jurugambar.

Persatuan bola sepak itu menerima hukuman atas pertuduhan kedua kerana membiarkan penyokongnya menyanyikan lagu yang menghina pasukan Perak semasa perlawanan berkenaan.

Bagi kedua-dua kesalahan itu PBNJ dikenakan denda berjumlah RM30,000 dan amaran keras serta hukuman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama.

Hwee gee berkata, bagaimanapun keputusan denda tersebut masih boleh dirayu oleh kedua-dua persatuan terbabit.

 

Lihat Komen
ADS