Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Peminat kecewa skandal Lin Dan ketika isteri mengandung
Diterbitkan:  Nov 18, 2016 4:52 PM
Dikemaskini: 8:54 AM

Bintang badminton China Lin Dan membuatkan peminatnya terkejut apabila mengaku mempunyai skandal dengan seorang model dan pelakon ketika isterinya sarat mengandung.

Media sosial gempar dengan perkara itu selepas gambar intimnya dengan “wanita misteri”, yang kemudian dikenal pasti sebagai Zhao Yaqi, tersebar, lapor BBC.

Lin Dan yang juga digelar Super Dan kemudian mengesahkan khabar angin itu dan memohon maaf kerana tidak setia pada isterinya Xie Xingfang, yang juga seorang pemain badminton.

Xingfang melahirkan anak pertama mereka pada 5 November lalu.

“Saudara, kamu kebanggaan 1.3 bilion rakyat China? Bagaimana sekarang?” soal peminatnya Cheng Hao Chen.

Duo Duo Wa Bai Cai pula menulis: “Kesilapan yang memalukan telah mengeret kamu dari syurga ke neraka”.

“Maaf Super Dan, perkara ini tidak dapat dimaafkan – kamu abaikan tanggungjawab kamu sebagai lelaki!”

Lin Dan pernah menduduki tangga nombor satu dunia dan pemenang di Sukan Olimpik sebanyak dua kali.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS