Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

ULASAN Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendoakan kesejahteraan dan kejayaan buat skuad silat negara yang bertanding di Kejohanan Silat Sedunia yang bertempat di Gelanggang Olahraga Lila Buana, Bali, Indonesia bermula kelmarin.

Harapan agar kesemua pesilat negara memaparkan kesungguhan dan mencuba yang terbaik demi mengharumkan nama negara.

DPPM juga mendoakan buat Olahragawan Negara 2015 Al Juferi Jamari agar tercapai hasratnya untuk merebut gelaran juara dunia buat kali ke 3 di bawah Kelas Putra E.

Begitu juga buat pesilat lain yang menggalas harapan negara seperti Muhamad Zarish Hakim Syukor, Wan Ahmad Rasfan Wan Abdul Halim, Siti Rahmah M Nasir dan keseluruahan skuad agar dapat pulang dengan membawa kejayaan kelak.

DPPM juga mengucapkan syabas buat Persekutuan Silat Kebangasaan Malaysia (PESAKA) kerana berjaya melahirkan pesilat-pesilat yang baik, berkemahiran tinggi serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

DPPM berharap agar PESAKA dapat meneruskan lagi usaha ini agar ilmu seni persilatan dapat dipelihara, dipupuk serta dapat menjadi medium yang baik untuk remaja dalam mengenal asal usul dan jati diri.

Ilmu persilatan adalah warisan turun temurun orang Melayu di alam Nusantara. Ia ilmu mempertahankan diri yang cukup indah seninya, tangkas, pantas dan jitu. Bukan sekadar untuk pertandingan,

Ia juga seni mempertahankan diri yang digunakan oleh orang terdahulu dalam mempertahankan agama, tanah air dan bangsa.

Ia wajar dipelihara, diperturun malah disebarkan agar dapat dinilai serta dilihat umum akan keindahan warisan dan budaya orang-orang Melayu di alam Nusantara.


KHAIRIL NIZAM KHIRUDDIN Naib ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Lihat Komen
ADS