Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan

Lapan pasukan termasuk dua dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) mengambil bahagian dalam Kejohanan Ragbi Wanita 10 Sebelah Jemputan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di UPSI, di Tanjung Malim Sabtu ini.

Enam pasukan lain yang menyertai kejohanan sulung merebut Piala Naib Canselor itu ialah Majlis Sukan Politeknik Malaysia (dua pasukan); Universiti Teknologi Mara, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia serta satu pasukan jemputan.

Pengarah Pusat Sukan UPSI Mohammad Faeez Mohamad Alias berkata kejohanan itu akan mengikut format liga di peringkat kumpulan sebelum saingan kalah mati di peringkat seterusnya.

"Skuad ragbi wanita UPSI ditubuhkan sejak tahun lalu membabitkan pelajar dari Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan yang dibimbing kelab ragbi terkenal negara, Cobra," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Zakaria Kasa berkata UPSI dipilih menganjurkan kejohanan edisi sulung itu dengan kerjasama Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang.

"Sukan ragbi berpotensi menjadi sukan elit dalam kalangan pelajar IPT terutama wanita seterusnya menjadikan kejohanan ini acara tahunan dalam kalendar sukan IPT," katanya.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS