Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Juara KL tapi tak dapat masuk liga FAM
Diterbitkan:  Dec 16, 2016 4:01 PM
Dikemaskini: 10:07 AM

Kelab Bola Sepak Jaringan Melayu Malaysia (JMM FC) menyatakan kekesalannya susulan penolakan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) terhadap permohonan mereka mendapat kelulusan bermain di Liga FAM 2017.

Penasihat Kehormat JMM FC Datuk Azwanddin Hamzah, berkata mereka berminat mewakili Kuala Lumpur kerana telah menjadi Juara Liga Super KLFA 2016.

“Tindakan ini tidak menampakkan kaedah profesional dari KLFA sedangkan semua syarat dan juga kriteria telah pun JMM FC penuhi dan bersedia untuk saingan di Liga FAM 2017.

“Atau apakah KLFA hanya memilih bulu dan pasukan yang tertentu sahaja yang rapat kepada KLFA diberi perhatian dan KLFA tidak langsung melihat JMM FC sebagai Juara Liga Super KLFA 2016 dan tidak menimbang permohonan JMM FC ini,” katanya.

Tambah beliau, KLFA perlu memainkan peranan yang lebih professional untuk kepentingan bola sepak di dalam negara khususnya Kuala Lumpur dan bukan melihat kepentingan individu atau kepentingan kumpulan yang hanya rapat dengan mereka.

"KLFA juga perlu menjadi sebuah persatuan negeri yang lebih efisien dan professional dalam pentadbiran yang cekap kerana untuk membalas surat dari sebuah kelab juga masih gagal.

"Bagaimana pula untuk memberi kemajuan kepada bola sepak dalam negara?" soal Azwanddin.

Justeri itu katanya, JMM FC akan menunggu sehingga 20 Disember untuk sebarang respon daripada KLFA sebelum membuat tindakan susulan.

Sementara itu, Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi KLFA berkaitan perkembangan ini.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi KLFA berkaitan perkembangan ini.

Lihat Komen
ADS