Beregu negara mara ke final Siri Super Dunia Akhir
Diterbitkan: Dec 18, 2016 10:50 AM | Dikemas kini: Dec 18, 2016 10:56 AM
Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mempamerkan prestasi memberangsangkan apabila mara ke saingan final Siri
Super Dunia Akhir di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Pada perlawanan awal pagi ini, V Shem-Wee Kiong hanya mengambil masa selama 37 minit untuk menundukkan lawan dari China, Chai Biao-Hong Wei 21-18, 21-16.
Kemenangan itu sekali gus membawa pasangan itu ke final untuk bertemu beregu Jepun, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda, hari ini.
Pada aksi separuh akhir itu, Kamura-Sonoda menundukkan Mads
Conrad-Petersen-Made Pieler Kolding dari Denmark, 21-17, 21-19.
Untuk rekod, dalam tiga pertemuan dengan pasangan Jepun yang kini merupakan beregu nombor lima dunia, V Shem-Wee Kiong hanya memenangi satu perlawanan sahaja. -Bernama

