Wenger kecam rezeki ofsaid Man City
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, tidak keberatan untuk mengaku dia kecewa dengan kekalahan pasukan itu di Stadium Etihad awal pagi tadi.
Kata Wenger, terpaksa tunduk kepada Manchester City itu terasa lebih memedihkan kerana dia menganggap kedua-dua gol berkenaan dihasilkan oleh situasi ofsaid.
Kekalahan Arsenal tercipta walaupun skuad The Gunners itu berjaya membuat kejutan seawal minit kelima melalui jaringan pemain kebangsaan England, Theo Walcott.
Bagaimanapun, separuh masa kedua menyaksikan kebangkitkan pasukan tuan rumah dan akhirnya anak didik Pep Guardiola meraih kemenangan 2-1.
Dua gol Manchester City dihasilkan Leroy Sane pada minit ke-47 dan Raheem Sterling (minit ke-71).
Wenger nampaknya sukar untuk menerima kekalahan tersebut.
"Ya, tentu saya sangat kecewa kerana kami beraksi sangat baik pada separuh masa pertama. Hari ini kami kebolosan (dengan) dua gol ofsaid," kata Wenger seperti dilaporkan BBC Sport.
"Saya yakin ada banyak hal yang berlaku (keputusan pengadil). Sukar rasanya ketika anda terlibat dalam sebuah perlawanan dan mendapatkan keputusan merugikan," katanya.
Gol Sane sememang dilihat kontroversi. Melalui video ulang tayang, ketika menerima umpan dari David Silva, Sane dilihat sudah berada pada posisi melepasi pemain Arsenal.
Keputusan itu meletakkan skuad The Gunners di tangga keempat liga dengan 34 mata yang dikumpul melalui 17 perlawanan, manakala Man City di kedudukan kedua dengan kutipan 36 mata.

