Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Pemain Kuwait bersolidariti untuk Aleppo
Diterbitkan:  Dec 19, 2016 6:45 PM
Dikemaskini: 10:57 AM

Penderitaan penduduk Aleppo di Syria bukan sahaja menarik simpati masyarakat dunia, bahkan ia turut diluahkan di padang bola.

Perkara itu dilakukan oleh seorang pemain dari Kuwait, Fahad Ansari baru-baru ini.

Pemain tengah berusia 29 tahun itu menunjukkan keprihatinannya terhadap apa yang berlaku di bumi bergolak itu, lapor portal alarabiya.net.

Sebaik menjaringkan gol kedua ketika mewakili kelab al-Ittihad pada aksi Liga Perdana Arab Saudi menentang al-Fath, Sabtu lalu, Fahad menghantar mesej keamanan buat Aleppo melalui tulisan di sehelai kemeja T.

"Ya Allah, mohon beri kemenangan kepada saudara kami di Allepo," demikian tertulis pada baju putih dengan tulisan hitam yang diangkat ketika meraikan gol kedua.

Aleppo adalah kubu utama kumpulan penentang presiden Bashar Al Assad sejak Julai 2012, namun terlepas daripada kawalan Damsyik tidak lama kemudian.

Bagaimanapun tentera kerajaan terus melancarkan serangan sistematik sehingga akhirnya berjaya mengusir pemberontak dari bandar Aleppo baru-baru ini.

Kedatangan semula tentera kerajaan dilaporkan mencetus konflik kemanusiaan dan mengorbankan ramai orang awam.

Fahad kemudian dalam catatan di Twitter menyertakan gambarnya memegang baju tersebut dan menulis:

"Doa setulus hati kami untuk saudara seagama di Aleppo".

Lihat Komen
ADS