Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Bukan mudah terpilih ke JDT, kata Gopinathan
Diterbitkan:  Dec 28, 2016 1:05 PM
Dikemaskini: 5:08 AM

Ketika pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dilihat 'bergolak' seorang lagi pemain he Red Giants, R Gopinathan dilaporkan berhijrah ke JDT.

Perkara itu diumumkan JDT yang mengesahkan kehadiran pemain sayap berusia 27 tahun itu ke skuad Harimau Selatan bagi memperkuatkan jentera serangan musim 2017.

Gopinathan menjadi pemain Selangor ketiga ke JDT selepas pemain tengah, Nazmi Faiz Mansor dan penyerang, Ahmad Hazwan Bakri menjelang musim baru.

"Saya amat berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor kerana memberi peluang menyertai JDT.

"Bukan mudah untuk terpilih ke salah satu pasukan terbaik di Asia Tenggara seperti JDT ini yang serba lengkap dari semua aspek dan mempunyai barisan pengurusan dan pemain yang terbaik.

"Saya akan berusaha bersungguh-sungguh serta melakukan yang terbaik untuk membantu pasukan JDT mengekalkan piala sedia ada dan membantu pasukan untuk layak ke ACL 2017," katanya seperti kenyataan di Facebook rasmi JDT, semalam.

Terdahulu, pengurusan FAS dilaporkan mengalami krisis kewangan dan kepimpinan sehingga beberapa pemain memilih untuk 'angkat kaki' meninggalkan pasukan itu.

Selain mengalami masalah kekurangan dana, barisan exco FAS kini berdepan desakan supaya melepaskan jawatan susulan cadangan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya persatuan itu dirombak.

Bagaimanapun, barisan exco yang diketuai Timbalan Presidennya Datuk Mokhtar Ahmad dilaporkan tetap bertegas mengekal jawatan mereka dengan alasan tiada sebab untuk mengundurkan diri.

Lihat Komen
ADS