Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Kafa setuju Kelantan tarik diri, tapi...
Diterbitkan:  Dec 29, 2016 12:36 PM
Dikemaskini: 6:04 AM

Setuju tarik diri, itulah keputusan yang diambil Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) hari ini, berkenaan nasib mereka dalam penyertaan liga Malaysia 2017.

Keputusan dibuat pada Kongres Luar Biasa Kafa itu bagaimanapun belum muktamad dan masih menjadi tanda tanya.

Keputusan muktamad mengenainya hanya akan dibuat sebelum tarikh pendaftaran akhir pemain pada 6 Januari depan.

"Exco Kafa dan ahli gabungan bersetuju menarik diri dan akan memuktamadkan 'tarik diri' sebelum tarikh pendaftaran akhir pemain pada 6 Januari.

"Ini kerana Kafa masih ingin meneruskan usaha mencari dana bagi meneruskan liga malaysia 2017 untuk menyelamatkan bola sepak Kelantan," katanya kenyataan ringkas di Facebook rasmi The Red Warriors (TRW), hari ini.

Terdahulu Kafa ‎memutuskan untuk menarik diri daripada saingan liga Malaysia musim depan susulan masalah kewangan dihadapi mereka.

Mereka dilaporkan hanya mempunyai RM800,000 hasil sumbangan penaja kecil sedangkan memerlukan kira-kira RM15 juta untuk kos keseluruhan pasukan tersebut.

Sementara itu, semakan semula di Facebook TRWFC mendapati kenyataan yang dimuat naik itu telah dipadam dan diganti dengan kenyataan baru berikut:

"Menyedari kemelut kewangan yang amat meruncing sedangkan setakat ini tiada pihak yang hadir membantu, maka Kongres Luar Biasa Kafa yang bersidang hari ini 29 Disember 2016 di Pejabat Karangkraf, Jalan Padang Tembak mengambil keputusan menyokong pada dasarnya usul yang telah dibentangkan oleh jawatan kuasa eksekutif Kafa untuk menarik diri dari Liga Malaysia musim 2017.

"Bagaimanapun kongres berpendapat dalam usaha menyelamatkan bola sepak Kelantan, kongres ingin memberi peluang terakhir sehingga 6 Januari 2017 kepada jawatan kuasa eksekutif untuk mencari jalan penyelesaian jika ada mana mana pihak hadir membantu atau menyahut langkah privatisation pasukan musim 2017," kata kenyataan tersebut.

Lihat Komen
ADS