Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Nasib Kelantan: Mujurlah ada Annuar Musa
Diterbitkan:  Jan 6, 2017 12:18 PM
Dikemaskini: 5:59 AM

Bagai dijangka, geger mengenai nasib skuad The Red Warriors dalam liga Malaysia hanyalah sementara.

Walaupun diuar-uarkan bakal meninggalkan saingan liga pada musim ini, akhirnya skuad Kelantan mengumumkan akan terus bersama di Liga Super.

Dan wira yang menyelamatkan skuad itu tidak lain ialah Tan Sri Annuar Musa.

Melalui penajaan dua syarikat tempatan, Annuar kini menjadi penaja skuad yang pernah digeruni ramai suatu ketika dulu.

"Untuk itu saya telah kemukakan satu pendekatan iaitu syarikat Al-Hamra Group dan Red One akan menjadi penaja utama.

"Dua syarikat di bawah saya ini (akan) memastikan pelan ini tidak gagal.

"Oleh kerana Al-Hamra sebagai penjamin (bon) RM3 juta saya mesti ambil tanggungjawab supaya TRW teruskan saingan," katanya pada sidang media di Kota Bharu, hari ini.

Anggota Parlimen Ketereh itu menjelaskan, pendekatan berkenaan diambil atas kapasitinya sebagai Pengerusi Kumpulan Al-Hamra dan Pengerusi Red One.

Tak kembali lagi

Bagaimanapun Annuar menegaskan beliau tidak sesekali bercadang untuk kembali kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk memegang sebarang jawatan.

Annuar sebelum ini menjadi presiden Kafa sebelum melepaskan jawatannya pada November lalu.

"Saya tidak akan kembali sebagai presiden Kafa, saya sekarang sebagai penaja. Saya tidak berminat dengan soal jawatan.

"Tetapi saya tidak akan membenarkan TRW 'mati' hanya kerana tidak ada sokongan," ujarnya.

Annuar berkata, melalui dua syarikat tersebut pihaknya akan menubuhkan konsortium terdiri daripada beberapa syarikat lain yang berperanan mencari dana untuk Kafa.

"Saya minta sedikit tempoh sebelum liga bermula bagi membentuk konsortium ini.

"Kita akan cari lagi syarikat-syarikat lain untuk kumpul dana mencukupi bagi sepanjang musim ini," katanya.

Sementara itu Kafa hari ini akan mendaftarkan seramai 23 pemain seperti disyaratkan FAM untuk memastikan skuad Kijang terus ada di pentas bola sepak Malaysia musim 2017.

 

Lihat Komen
ADS