Liverpool larang pemain layan peminat di Melwood
Pengurusan kelab bola sepak Liverpool dilaporkan mengambil langkah kurang popular dengan melarang pemain melayani peminat di pusat latihan mereka di Melwood.
Skuad The Kop dilarang melayani sebarang permintaan tandatangan daripada peminat yang turut hadir pada setiap sesi latihan mereka.
Sesi menurunkan tandatangan dan bergambar bersama pemain sudah menjadi kebiasaan sebelum ini. kebiasaannya peminat akan mengambil masa ketika pemain kesukaan mereka tiba di pusat latihan itu atau sehabis waktu latihan.
Namun, peraturan baru larangan tersebut dikatakan akan berkuatkuasa bermula 9 Januari ini.
From Monday 9th January LFC are going to FINE any player/staff who stop outside melwood. Kids can no longer meet their heroes.
— Anfield Memorabilia (@AnfieldMem) 5 January 2017
Perkara itu dilaporkan akaun Twitter Anfield Memorabilia yang turut menyatakan pemain akan dihukum sekiranya melanggar peraturan berkenaan.
Bagaimanapun, jurucakap pengurusan kelab itu menafikan hukuman akan dikenakan kepada pemain dan menjelaskan ketiadaan sesi tandatangan dan bergambar bersama peminat mungkin benar-benar dilaksanakan.
Anfield Memorabilia merupakan Twitter pihak yang menjual barangan cenderamata Liverpool yang disertakan dengan tantangan pemain.
Sementara itu, pihak pengurusan mendakwa peraturan baru itu diambil atas faktor ketenteraman awam.
Ini susulan peminat suka kerumun pemain ketika meminta tandatangan sekali gus menggangu lalu lintas di sekitar lokasi pusat latihan
Tetapi, Liverpool akan menggantikan sesi tersebut dengan lawatan barisan pemain ke sekolah-sekolah sekitar Melwood bagi melayan kehendak peminat mereka.

