Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Perang mulut TMJ-Annuar tak sihat, kata Awang Selamat
Diterbitkan:  Jan 15, 2017 12:20 PM
Dikemaskini: 8:46 AM

Perang mulut antara Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan Tan Sri Annuar Musa dilihat sangat tidak sihat sekiranya ia terus berlarutan, kata kolumnis akhbar Mingguan Malaysia.

Menerusi ruangan pojok dalam akhbar berkenaan, Awang Selamat berkata, ini kerana perkara tersebut dapat dilihat daripada tindakan tuduh menuduh dan saling sinikal dalam reaksi masing-masing.

"Di Malaysia, kontroversi bola sepak lebih hebat daripada prestasi dan itulah yang terus mewarnai senario sukan negara. Minggu ini panas isu pertikaman lidah TMJ dan Annuar Musa.

"Tuduh menuduh dan saling sinikal dalam reaksi masing-masing.

"Hal berkaitan penajaan antara yang menjadi isu. Awang melihat jika keadaan seperti ini berlarutan, ia sangat tidak sihat," kata Awang lagi.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Awang berkata, banyak pilihan lebih baik daripada Annuar dan TMJ untuk jawatan presiden FAM.

Antaranya kata Awang, adalah seperti Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Kedudukan Khairy dilihat akan banyak membantu FAM ekoran keprihatinannya terhadap sukan bolasepak itu, tambahnya.

"Awang melihat seorang lagi calon kredibel ialah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin itu sendiri. Menteri Kabinet malah Perdana Menteri (Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Abdul Razak) pernah menjadi Presiden FAM suatu ketika dahulu.

"Kedudukan Khairy akan banyak membantu selain keprihatinannya kepada isu bola sepak sebelum menjadi menteri lagi dan pernah menjadi naib presiden FAM. Lagi pun banyak pilihan lebih baik," kata Awang lagi.

Lihat Komen
ADS