Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Waktu untuk Liverpool hapus duka
Diterbitkan:  Jan 31, 2017 5:19 PM
Dikemaskini: 9:21 AM

Tidak seperti diharapkan penyokong mereka, ketibaan Januari 2017 gagal membawa sinar harapan dan bahagia apabila kelab bola sepak Liverpool ditimpa kekalahan demi kekalahan.

Lantas pada hari terakhir bulan ini, The Kop mahu memahat detik bermakna dengan membuat kebangkitan semula.

Awal pagi nanti Liverpool akan bertarung di gelanggang keramat sendiri dan berharap kejayaan dapat dilakar.

Masalahnya, lawan mereka pula ialah kelab yang sedang mendahului EPL, Chelsea. Ia adalah hari perlawanan ke-23 untuk musim 2016/17.

Detik itu disifatkan sebagai waktu yang tepat untuk anak buah Jurgen Klopp kembali ke landasan kebangkitan semula.

"Kami perlu mengangkat diri kami sendiri berdepan Chelsea, ini perkara sangat penting. Kami meninggalkan bilik persalinan dengan amat kecewa (selepas tewas 1-2 kepada Wolverhampton)," kata jentera tengah Liverpool, Philippe Coutinho.

"Kami memiliki peluang untuk bangkit segera dan ini merupakan peluang yang bagus. Perlawanan besar menentang Chelsea," katanya seperti dilaporkan media England.

Rekod pertemuan lalu menyaksikan Livepool tidak mencatat kemenangan pada empat perlawanan liga di gelanggang sendiri ketika bertemu skuad The Blues.

Namun, mereka meraih kemenangan di Stamford Bridge pada musim ini dan beberapa kelab lain meletak harapan agar anak buah Klopp berjaya menumpaskan Chelsea.

Pengendali The Blues Antonio Conte menjelaskan mereka memberi tumpuan besar untuk perlawanan ini.

"Kita sedar situasi ini dan pastinya kami perlu memberi perhatian. Selepas tiga kekalahan (Liverpool), pasukan sangat berbahaya," ujarnya.

Jika Liverpool menang, Arsenal mendapat manfaat di samping pesaing terdekat, Tottenham Hotspur, yang turut mahu mengukuhkan kedudukan.

Arsenal akan melayan kunjungan Watford, manakala Tottenham akan bertandang ke markas Sunderland.

Chelsea kini mendahului kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, manakala Liverpool 45 di posisi keempat.
 

Lihat Komen
ADS