Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
JDT 'luaskan kuasa' di Thailand
Diterbitkan:  Jan 31, 2017 11:04 PM
Dikemaskini: 3:20 PM

Walaupun sudah berada di depan dengan gol 1-0, kemenangan tetap tidak berpihak kepada skuad Harimau Selatan untuk aksi 120 minit menentang Bangkok United, sebentar tadi.

Jaringan kapten Safiq Rahim pada minit ke-107 dinafikan dengan gol penyamaan tuan rumah di minit-minit akhir perlawanan untuk keputusan 1-1, sebelum penentuan penalti pada aksi kelayakan Liga Juara-Juara AFC di Stadium Thammasat, Pathumthani, sebentar tadi.

Namun, hasrat JDT 'meluaskan kuasa' di Thailand berjaya disudahkan melalui penentuan penalti dengan keputusan 5-4.

Pasukan tuan rumah dilihat lebih mendominasi permainan seawal masa perlawanan berbanding JDT yang turun dengan lebih waspada.

Skuad Bangkok Angels tampil tenang dalam mengatur setiap rentak dan taktikal mereka sekali gus lebih banyak menyerang.

Bagaimanapun, kekebalan benteng pertahanan JDT menyukarkan percubaan demi percubaan dilakukan mereka.

Skuad bimbingan Alexandre Polking itu banyak bermain dengan hantaran-hantaran jauh di samping kerap melakukan serangan balas pantas.

JDT pula lebih berhati-hati, tetapi tetap memberi saingan sengit mengimbangi penguasaan pasukan lawan.

Keputusan itu memastikan anak buah Benjami Mora layak ke pusingan kelayakan ketiga dijadualkan berdepan wakil Jepun, Gamba Osaka pada 7 Februari nanti.

Lihat Komen
ADS