Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
AirAsia Allstars, MOF FC ke pusingan kedua
Diterbitkan:  Feb 1, 2017 5:55 PM
Dikemaskini: 10:47 AM

Pasukan AirAsia Allstars FC dan MOF FC layak secara automatik ke pusingan kedua Piala FA 2017 apabila lawan mereka DYS FC dan Sungai Ara FC menarik diri daripada saingan berkenaan.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) Kevin Ramalingam dalam kenyataan hari ini.

Katanya, FMLLP menerima permohonan penarikan diri kedua-dua pasukan itu, yang dikatakan kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Pasukan AirAsia Allstars FC yang kini dikenali sebagai PJ Rangers, sebelum ini dijadual bertemu DYS FC di Stadium Shah Alam, manakala Sungai Ara FC sepatutnya menerima kunjungan MOF FC di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, dalam aksi pusingan pertama, Ahad ini.

Di pusingan kedua pada 14 Feb ini, AirAsia Allstars FC akan bertemu UiTM FC, manakala MOF FC akan menentang KDMM FC sehari kemudian, dengan venue bagi kedua-dua perlawanan itu masih belum diputuskan.

Sementara itu, venue bagi perlawanan pusingan pertama antara Penjara FC dan Felcra kekal di Stadium Mini Penjara, Kajang, bermula 4.15 petang Ahad ini.

"Sementara pasukan PB Melayu Malaysia (PBMM) FC akan bermain sebagai pasukan tuan rumah menentang Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) FC di Stadium Hang Tuah, Melaka pada 4.15 petang Ahad ini," kata Kevin.

-Bernama

Lihat Komen
ADS