Skuad bola sepak Cameroon muncul juara Piala Negara Afrika 2017 dengan menewaskan Mesir 2-1 pada perlawanan akhir di Gabon, awal pagi tadi.

Ia sekali gus menjadi kejuaraan kali kelima untuk Cameroon selepas mereka berjaya menjulangnya pada 1984, 1988, 2000 dan 2002.

Ketinggalan 0-1 di separuh masa pertama, anak buah Hugo Broos bangkit di penghujung babak kedua.

Mesir mendominasi perlawanan melalui Mohamed Elneny pada minit ke-22, hasil umpanan bintang AS Roma, Mohamed Salah.

Namun Cameroon tampil menggandakan usaha di separuh masa kedua menyaksikan gol penyamaan hadir pada minit ke-59.

Pemain gantian, N'Koulou berjaya menanduk masuk hantaran lintang sepasukan menewaskan penjaga gol Mesir, El Hadary.

Menjelang minit-minit akhir perlawanan dengan kemungkinan saingan diheret ke masa tambahan, Cameroon bagaimana pun melakar kejutan besar.

Seorang lagi pemain gantian, Aboubakar memperdayakan tiga pemain pertahanan Mesir sebelum meledak gol kemenangan pada minit ke-88.