Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Chong Wei berang, mahu keluar BAM
Diterbitkan:  Feb 8, 2017 12:23 PM
Dikemaskini: 4:37 AM

Datuk Lee Chong Wei meluahkan rasa marah terhadap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang didakwa tidak mengendahkan aduan berkaitan pelapik lantai tempat latihannya, sehingga membuatkannya cedera dan terlepas kejuaraan dunia.

Jaguh badminton dunia itu berkata beliau hanya berdiam diri sebelum ini kerana hormat pada jurulatihnya Hendrawan (satu nama) yang meminta beliau bersabar.

“Sekarang saya sudah hilang sabar dan marah... jika tiada penyelesaian, saya keluar dari BAM,” beliau dipetik sebagai berkata oleh The Star.

Chong Wei terpaksa melupakan hasrat untuk menyertai kejohanan All-England di Birmingham, Mac depan selepas mengalami kecederaan ligamen koyak di lutut kiri.

Pemain 34 tahun itu dilapor tergelincir dan terjatuh ketika berlatih di gelanggang Akademi Badminton Malaysia (ABM) yang menggunakan pelapik lantai baru.

Sementara itu, Chong Wei juga mendakwa Pengarah Teknikal BAM Morten Frost tidak mengendalikan kecederaannya dengan baik.

“Bukan tanya keadaan saya, dia sebaliknya tanya jurulatih saya sama ada saya patut bersara... kenapa?” katanya.

Frost enggan mengulas dakwaan itu ketika dihubungi harian itu.

Lihat Komen
ADS