Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Semut Merah 'gigit' Bos Gaurus pula
Diterbitkan:  Feb 11, 2017 6:49 PM
Dikemaskini: 11:22 AM

Selepas tiga perlawanan tanpa kalah, skuad Perak kecundang pada aksi keempat Liga Super 2017 berdepan PKNS FC di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Skuad bimbingan bimbingan Karl-Heinz Weigang itu turun sebagai pasukan pilihan perlawanan kali ini walaupun bermain di tempat lawan.

Namun, prestasi melonjak skuad The Red Ants menjadikan Bos Gaurus pula sebagai mangsa terbaru dengan keputusan perlawanan 3-0.

Anak buah E Elavarasan tampil mendahulu perlawanan pada penghujung separuh masa pertama melalui jaringan Lucas Espindola pada minit ke-45.

Kembali dari bilik persalinan, penyerang tengah dari Argentina itu sekali menggandakan jaringannya untuk kedudukan 2-0 seawal dua minit separuh masa kedua.

Kedudukan itu apstinya memberi tekanan buat pasukan pelawat untuk merapatkan jurang kedudukan.

Peluang terhidang melalui hadiah sepakan penalti diberikan pengadil bagaimanapun disia-siakan.

Sepakan diambil Vladislav Mirchev dilihat lemah dan berjaya diselamatkan penjaga gol PKNS FC, Zamir Selamat.

Di penghujung 90 minit perlawanan itu sebaliknya terus memihak kepada pasukan tuan rumah, Safee Sali menambah derita lawan dengan gol ketiga PKNS FC pada minit ke-85.

Keputusan itu menyaksikan PKNS FC meraih kemenangan kedua selepas kejayaan minggu lalu menewaskan Selangor dengan jaringan 5-3.

Untuk rekod selepas empat perlawanan, mereka meraih enam mata dan dua kekalahan pada dua aksi terawal sebelum ini, manakala aksi seterusnya mereka akan berdepan T-Team.

Sementara itu, Perak ekkal dengan tujuh mata dengan mencatatkan dua kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.

Lihat Komen
ADS