Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Berita kematian Razif Sidek palsu, kata adik
Diterbitkan:  Feb 11, 2017 7:27 PM
Dikemaskini: 11:38 AM

Berita kematian bekas jaguh beregu badminton negara Datuk Razif Sidek yang tersebar di laman sosial, adalah palsu.

Ini dinyatakan adik beliau, Rashid Sidek.

Rashid yang dihubungi Bernama berkata abangnya kini berada di Genting Highlands, Pahang, bagi menghadiri Kejohanan Badminton Liga Purple.

"Saya sendiri terkejut apabila menerima banyak panggilan daripada kawan-kawan yang bertanyakan tentang perkara ini sejak malam tadi. Jika berita itu benar, sudah pasti saya akan dimaklumkan lebih awal," katanya.

Beliau turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir individu yang berniat buruk dengan memuat naik gambar seorang lelaki didakwa sebagai Razif terlantar di atas katil hospital.

"Perkara seperti ini tidak boleh dibuat main kerana ia melibatkan nyawa dan perasaan individu yang terdekat dengan beliau," kata Rashid.

-Bernama

Lihat Komen
ADS