Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan

Penjaga gol utama Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli tidak akan diturunkan dalam saingan Piala FA menentang
Felcra di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di Kuala Terengganu, malam ini.

Ketua jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berkata pemain itu masih memerlukan rehat selepas menjalani rawatan di Kelantan baru-baru ini.

Mohd Sharbinee dilaporkan mengalami masalah jangkitan paru-paru dan posisinya akan diisi oleh Amierul Hakimi Awang.

"Kita akan rehatkan beliau sementara bagi membolehkannya menjalani rawatan dan semoga cepat pulih agar dapat kembali beraksi.

"Selain itu beberapa pemain lain juga tidak akan diturunkan malam ini sebagai persediaan menentang Negeri Sembilan dalam aksi Liga Perdana, Jumaat ini," katanya kepada Bernama.

Mengulas aksi Piala FA malam ini, Irfan Bakti mahukan anak buahnya melupakan kemenangan tiga kali berturut-turut dalam saingan Liga Perdana, sebaliknya memberi perhatian penuh untuk pertemuan dengan Felcra.

"Pemain tidak boleh mengambil mudah kemampuan lawan, sebaliknya terus bertekad mempamerkan aksi terbaik," katanya.
-Bernama

Lihat Komen
ADS