Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Lawan Selangor, Kelantan rehatkan pemain utama

Kelantan akan merehatkan beberapa pemain utamanya menjelang pertemuan menentang Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV malam esok.

Ketua Jurulatihnya, Zahasmi Ismail berkata ia berikutan kebanyakan daripada kesebelasan utama Kelantan seperti Mohd Badri Mohd Radzi, Indra Putra Mahyuddin dan Nor Farhan Muhammad telah bermain dalam empat perlawanan berturut-turut dalam tempoh dua minggu.

"Saya terpaksa menggilirkan pemain-pemain berkenaan bagi mengelakkan mereka letih kerana kita mempunyai jadual padat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Walaupun Kelantan tidak menurunkan pemain berbisa mereka dalam perlawanan malam esok, Zahasmi yakin skuad The Red Warriors akan tetap memberi persembahan memuaskan sekali gus mencipta kemenangan di laman sendiri.

"Saya tahu keyakinan penyokong mula terhakis terutama selepas kalah dua perlawanan berturut-turut di tempat sendiri dan hanya kemenangan akan dapat mengembalikan sokongan penyokong kepada kami.

"Justeru, The Red Warriors perlu bangkit pada perlawanan malam esok walaupun kita berdepan antara pasukan terbaik Liga Super musim ini," katanya.

Kelantan kini berada pada kedudukan ke lapan Liga Super dengan memperoleh enam mata selepas empat perlawanan iaitu dua menang dan dua kalah.

-Bernama

Lihat Komen
ADS