Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Messi didakwa carutkan pengadil
Diterbitkan:  Mar 28, 2017 4:37 PM
Dikemaskini: 8:48 AM

Kapten Argentina, Lionel Messi berdepan hukuman digantung perlawanan ketika pasukannya berdepan Bolivia pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018, esok.

Ia susulan bintang Barcelona itu didakwa melemparkan kata-kata kesat terhadap penjaga garisan, Marcelo Van Gasse ketika turun membantu skuad La Albiceleste mengatasi Chile, Jumaat lalu.

Pada aksi tersebut, Messi menjaringkan gol tunggal melalui sepakan penalti untuk kemenangan Argentina, namun di separuh masa kedua dia dilapor telah bertindak memarahi Van Gasse.

Selain itu, penyerang berusia 30 tahun itu juga enggan bersalam dengan pegawai perlawanan itu.

Messi didakwa melontarkan kata-kata kesat "F*** off, your mother's c***".

Bagaimanapun, insden itu tidak ditulis dalam laporan awal perlawanan tersebut.

Sebaliknya, perkara itu ditambah semula semalam dan dalam laporan perlawanan sebelum diserahkan kepada Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL).

Jawatankuasa Disiplin CONMEBOL kini perlu memutuskan apakah hukuman yang akan dijatuhkan terhadap Messi dan lebih penting bila hukuman itu dijalankan.

Sekiranya Messi digantung perlawanan dengan kadar segera, dia akan hilang kelayakan untuk membantu pasukan Argentina berdepan Bolivia nanti.

Lihat Komen
ADS