Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Liu Ying 'bertukar jantina' di India
Diterbitkan:  Mar 31, 2017 4:19 PM
Dikemaskini: 8:21 AM

Jaguh beregu campuran negara, Goh Liu Ying, berdepan pengalaman unik dan lucu dalam misinya di Terbuka India yang sedang berlangsung di New Delhi.

Asalnya ia tidak diketahui ramai pun, sehinggalah Liu Ying memuat naik sekeping gambar di akaun Facebooknya.

Bertujuan untuk berkongsi perasaan, gambar dimuat naik itu segera menarik perhatian ramai pengikut Liu Yin.

Melalui imej itu, didapati nama dan gambar yang dikenakan pada pas pemain berkenaan tertukar.

Walaupun tertera namanya, gambar yang digunakan pada pas menggunakan gambar pemain beregu lelaki, Goh V Shem.

"Ini saya dalam pas Terbuka India," katanya mengiringi gambar yang dimuat naik semalam.

Perkongsian pemenang perak Olimpik 2016 yang bergandingan dengan Chan Peng Soon itu disambut dengan rasa lucu di kalangan peminatnya.

Lebih 200 pengikut Facebooknya berkongsi gambar tersebut dengan pelbagai reaksi.

"Transformasi Goh Liu Ying," kata Syamin Norizan.

"Sangat cantik," kata Goh Ea Kin diiringi emoji ketawa.

Sementara itu, perkembangan terkini skuad badminton negara menyaksikan Liu Ying dan Chan Peng Soon mara ke peringkat suku akhir selepas menewaskan beregu Indonesia.

Beregu lelaki melibatkan pasangan V Shen dan Tan Wee Kiong turut mara ke suku akhir dengan menumpaskan gandingan Malaysia-Indonesia, Tan Boon Heong dan Hendra Setiawan.
 

Lihat Komen
ADS