Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Undertaker bersara, WrestleMania 33 saksi cinta Cena
Diterbitkan:  Apr 4, 2017 2:20 PM
Dikemaskini: 6:26 AM

WWE WrestleMania 33 menutup tirainya dengan penuh tanda tanya apabila ikonik arena gusti - The Undertaker menanggalkan sarung tangan, jaket dan topi di tengah-tengah gelanggang selepas perlawanan menentang Roman Reigns, kelmarin.

Setelah tewas ditangan Roman Reign dalam acara kemuncak One-on-One Match, Undertaker tiba-tiba membuka dan meninggalkan persalinannya di gelanggang dan kemudiannya keluar bertemu isterinya, Michelle McCool seolah-olah mengumumkan kariernya sudah berakhir.

Difahamkan, apa yang dilakukan itu adalah satu tradisi bagi mana-mana ahli gusti dengan meninggalkan kasut atau beberapa bahagian pakaian di tengah gelanggang pada perlawanan akhir sebagai tanda persaraan.

Perlawanan itu merupakan kekalahan kedua Undertaker setelah tewas kepada Brock Lesnar tiga tahun lalu.

Kini di usia 52 tahun, Undertaker memulakan kerjaya dalam WWE pada tahun 1990 dengan menyertai acara pertamanya di Survivor Series.

Pada awal kerjaya, kemunculannya di pentas gusti dinanti penuh debaran malah mampu membuatkan penonton menggigil.

Sejak itu dia telah menjadi salah satu watak yang paling ikonik dalam sukan pro gusti dengan rekod memenangi tujuh kejohanan dunia.

Selain itu, dia memenangi 21 perlawanan berturut-turut termasuk dalam pertembungan dengan Shawn Michaels yang dianggap bersejarah bagi peminat pro gusti.

Peminat pro gusti turut berkongsi reaksi mereka melalui akaun Twitter, untuk menghantar mesej yang dengan menggunakan hashtag #ThankYouTaker.

Kejutan di tengah gelanggang

Sementara itu, satu lagi kejutan berlaku di gelanggang WrestleMania 33 apabila John Cena bakal mengakhiri zaman bujangnya apabila melamar teman wanitanya dihadapan 75,000 peminat WWE.

Selepas menewaskan The Miz dan Maryse dalam perlawanan tag-team campuran, bintang gusti yang kini berusia 39 tahun kemudiannya melutut di depan kekasihnya.

"Saya sudah menunggu sekian lama untuk bertanya Stephanie Nicole Garcia-Colace, adakah anda sudi berkahwin dengan saya"? kata Cena ketika lamaran itu dibuat.

Bella, telah bersama dengan Cena sejak 2012 kemudiannya menerima lawaran itu dengan berbalas ciuman.

Setelah bercerai dengan isteri pertamanya, Elizabeth Huberdeau, pada tahun 2012. Cena dalam wawancara dengan Washington Post memberitahu dia enggan berkahwin lagi atau bercadang untuk mempunyai anak.

Sementara itu, WWE mengumumkan bahawa kehadiran penonton di WrestleMania 33 berjaya memecah rekod lama Citrus Bowl yang pernah dihadiri oleh 74, 635 pada tahun 2008.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS