Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Malaysia ke Piala Dunia 2026? Kita tunggulah
Diterbitkan:  Apr 5, 2017 1:57 PM
Dikemaskini: 5:59 AM

Bekas naib presiden FAM, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata kepimpinan baru badan induk bola sepak negara perlu diberi peluang membuktikan mereka mampu membawa persatuan itu ke arah lebih baik.

Diminta mengulas perkembangan terkini FAM, beliau bagaimanapun memilih untuk tidak bercakap dengan panjang lebar.

Ditanya mengenai tindakan FAM memecat 20 kakitangannya, setiausaha agung PAS itu berkata, terserah kepada persatuan tersebut untuk membuat keputusan yang dirasakan wajar.

"Kita serah pada pengurusan FAM.

"Bila kita tak duduk dalam tu, lebih baik untuk tidak bercakap," katanya pada sidang media di parlimen hari ini.

Terdahulu FAM yang kini diterajui Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, membuat keputusan untuk menamatkan khidmat 20 kakitangan dalam usaha menyusun semula organisasi tersebut.

"Kita bagi peluang kepada beliau (Tunku Ismail) untuk buktikan kepimpinan baru FAM ini boleh membawa FAM ke arah yang lebih baik.

"Boleh masuk Piala Dunia 2026 ke, kita tunggulah," jelasnya.

Pada Kongres FAM ke-53 25 Mac lalu, Takiyuddin adalah individu yang gagal mempertahankan jawatannya selepas ditewaskan calon lain dalam pemilihan yang diadakan.

Anggota parlimen Kota Bharu itu hanya mendapat tiga daripada 38 undian perwakilan sekali gus tersingkir daripada jawatan itu, sekali gus tiada lagi pimpinan parti pembangkang dalam persatuan tersebut.

Lihat Komen
ADS