Jurulatih kelab bola sepak Eldense, Filippo di Pierro kini disiasat pihak polis selepas pasukannya tewas 12-0 kepada pasukan Barcelona B.

Jurulatih dari Itali itu bakal didakwa berikutan skandal mengatur perlawanan ketika perlawanan menentang Barcelona B dalam liga Segunda divisyen B sabtu lepas.

Di Pierro, yang menyertai kelab divisyen ketiga itu pada Januari, dilantik oleh pemiliknya seorang juwatan dari Itali, lapor BBC.

Namun pemain pertahanan Eldense, Emmanuel Mendy dalam satu temu bual bersama stesen radio Sepanyol, Cadena Ser, mengesahkan rancangan mengatur permainan tersebut.

"Pada dasarnya perintah datang dari atas, dari jurulatih." kata Emmanuel

"Penolong jurulatih kelab, Fran Ruiz telah bercakap dengannya (Di Pierro) mengenai rancangan untuk menetapkan permainan."

"Dia bertanya sama ada saya ingin terlibat bersamanya dan jumlah wang yang saya mahu. Jika saya menolak, saya akan digugurkan," kata Mendy.

Dalam temubual berasingan, Ruiz turut mengakui penglibatannya dalam skandal tersebut.

"Saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan, saya dihimpit sebenarnya.

"Saya hanya berdiam diri. Saya tidak membuat sebarang pertukaran pemain ketika perlawanan tersebut dan saya tidak meminta sesiapa di luar padang untuk memanaskan badan. Akhirnya saya meletakkan jawatan selepas insiden tersebut," katanya dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, Pengurus Barcelona, Luis Enrique menolak dakwaan bahawa kelab di bawah bimbingannya itu terlibat dalam skandal tersebut.

"Barcelona B tidak ada sebarang kaitan dengan rancangan mengatur perlawanan ketika menentang Eldense.

"Saya gembira kerana perkara ini kini sedang disiasat," katanya.

Eldense pada hari berikutnya menarik diri dari kejohanan tersebut, namum menarik semula hasrat tersebut atas dasar menghormati kejohanan itu.