Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Liew Daren 'balik awal'
Diterbitkan:  Apr 5, 2017 5:57 PM
Dikemaskini: 10:12 AM

Perjuangan pemain perseorangan negara, Liew Daren dalam saingan badminton Kejohanan Terbuka Malaysia Celcom Axiata, di Kuching berakhir pada pusingan pertama hari ini.

Liew mudah dijinakkan pilihan keempat kejohanan dari Denmark Victor Axelsen 12-21, 13-21 dalam pertarungan selama 37 minit.

Ketika ditemui pemberita, Liew berkata rentak permainan dipamerkan Axelsen yang juga pemain ranking keempat dunia agak laju sehingga menyukarkannya untuk memberi cabaran.

Katanya selain itu faktor keletihan selepas terpaksa mengharungi permainan tiga set semalam turut menjadi punca beliau tidak dapat mempamerkan permainan yang lebih baik.

"Saya akan cuba perbaiki kelemahan sebelum mengharungi cabaran Terbuka Singapura nanti," katanya.

Semalam Liew layak ke pusingan pertama acara perseorangan lelaki kejohanan selepas mengalahkan Zhao Junpeng daripada China 17 21, 21-15 dan 21-18.

Lihat Komen
ADS