Detik-detik perlawanan antara dua pemain handalan wanita Tai Tzu Ying (China Taipei) dan Carolina Marin (Sepanyol) memberikan persembahan yang cukup menarik buat penonton di Sarawak.

Selepas berhempas-pulas, Tzu Ying akhirnya mengungguli Terbuka Malaysia kali kedua selepas melakukannya untuk kali pertama pada 2013.

Di gelanggang dia menumbangkang Carolina 23-25, 22-20 dan 21-13 dalam perlawanan selama 85 minit.

Perlawanan antara Tzu Ying dan Carolina sememangnya sengit dan seluruh arena stadium gamat dengan tepukan dan sorakan untuk pemain China Taipei itu.

Tzu Ying mulanya bermula dengan agak sukar pada set pertama namun enggan mengalah sehingga memaksa perlawanan berlanjutan hampir 40 minit.

Bagaimanapun dia terpaksa akur dengan ketangkasan Carolina dan menamatkan perlawanan dengan 23-25.

Namun, pada set kedua pula, Tzu Ying kembali menguasai gelanggang dan akhirnya menjuarai perlawanan akhir itu.

Tzu Ying, 22, juga merupakan pemain nombor satu dunia untuk perseorangan wanita mengikut ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Untuk Carolina pula, dia kini berada di tangga keenam.

Carolina merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio De Janeiro, Brazil.

Perlawanan ini adalah pertemuan kelapan antara mereka dan kemenangan keempat Carolina ke atas Tzu Ying.

Carolina kalah kepada Tzu Ying pada kejohanan Terbuka China sebelum ini dengan 21-10, 22-20.