Bekas pemain bola sepak kebangsaan Khairul Anuar Baharum hari ini menyerah diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana melibatkan pasukan MISC- Mifa.

Khairul, yang lebih dikenali sebagai Ah Chong, tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya sekitar jam 10.45 pagi tadi dan memasuki bangunan itu beberapa minit kemudian dengan peguamnya.

Sebelum ini, SPRM memberi amaran, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Khairul jika dia tidak menghadirkan diri sebagai saksi.

Pada 6 April lalu, SPRM menahan tiga pemain Mifa - termasuk seorang pemain import - kerana disyaki mengambil rasuah daripada bookie.

Turut ditahan, seorang lelaki dipercayai menawarkan sejumlah wang kepada pemain kelab tersebut bagi menentukan sesuatu perlawanan membabitkan pasukan mereka.

Selain beraksi bagi pasukan kebangsaan, Khairul juga pernah bermain untuk Perak, Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan.

[Baca berita penuh]