Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
FAM: Nazmi Faiz didenda RM3,000, gantung perlawanan

Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Nazmi Faiz Mansor digantung satu perlawanan dan didenda RM3,000 berikutan kekasaran dan terjahan terhadap pemain Pahang sewaktu aksi suku akhir kedua Piala FA musim ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Baljit Singh Sidhu dalam kenyataan hari ini berkata hukuman itu dijatuhkan selepas pihaknya melakukan penilaian dan meneliti rakaman video perlawanan antara JDT dan Pahang yang berlangsung Ahad lepas.

"Penggantungan itu akan dilaksanakan pada 6 Mei untuk aksi Liga Super antara JDT dan Melaka United di Stadium Hang Jebat," katanya.

Pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA itu, Pahang layak ke pusingan separuh akhir selepas mencatat kemenangan dengan agregat 4-3 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. -Bernama

Lihat Komen
ADS