Isu gaji: Kafa sangkal dakwaan Azraai

       

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyangkal dakwaan bekas jurulatih skuad negeri itu, Mohd Azraai Khor Abdullah berkaitan kegagalan melunaskan baki tunggakan gaji ketika bersama pasukan tersebut pada 2015.

Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor berkata Kafa sebelum ini telah memutuskan untuk memberi wang saguhati sebanyak RM20,000 kepada Mohd Azraai walaupun jurulatih tersebut meletak jawatan tanpa sebarang notis.

"Sebenarnya beliau yang meninggalkan hutang dengan Kafa apabila meletak jawatan tanpa sebarang notis setelah kekalahan demi kekalahan TRW (The Red Warriors) semasa di bawah kendaliannya," katanya dalam satu kenyataan di Kota Bharu, hari ini.

Semalam, bekas jurulatih Kelantan itu membuat dakwaan itu dengan memuat naik di laman Facebook Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLPP) dengan menyebut Kafa masih belum menyelesaikan tunggakan gajinya dari 2015. -Bernama

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.