Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Malaysia lawan Korea Utara di Pyongyang
Diterbitkan:  May 9, 2017 9:32 AM
Dikemaskini: 9:44 AM

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia menentang Korea Utara yang sudah berlarutan sejak beberapa bulan lalu akan diadakan di Pyongyang pada 8 Jun depan.

Badan bola sepak Asia itu dalam satu kenyataan di laman web rasmi mereka berkata, perlawanan pusingan akhir kelayakan Kumpulan B itu akan diadakan di ibu negara Korea Utara.

“Berikutan pengesahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bahawa kerajaan Malaysia tidak mengenakan sebarang sekatan perjalanan terhadap rakyatnya untuk ke Korea Utara, AFC bersetuju perlawanan kelayakan Piala Asia akan diadakan di Pyongyang pada 8 Jun,” petik kenyataan itu.

Isu mengenai venue perlawanan sebelum ini timbul susulan ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara berikutan kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Februari lalu.

Ini menyebabkan perlawanan kedua-dua negara yang awalnya dijadual pada 28 Mac lalu, ditunda.

Lihat Komen
ADS