Malaysia menang perak SEABA bawah 16 tahun
SEABA U16 | Suatu perlawanan yang amat memberangsangkan untuk pasukan negara, namun tidak kesampaian untuk menandingi Filipina dalam perlawanan akhir kejohanan bola keranjang Asia Tenggara bawah 16 tahun.
Malaysia memulakan aksi yang sangat baik pada separuh masa pertama tetapi terpaksa akur dengan pasukan Filipina, 83-62.
Filipina menumpaskan Malaysia lantas dinobatkan juara SEABA kali ini.
Teoh Yi Kang mendahului jaringan dengan 19 mata, 3 rebound, 3 assist manakala Yap Run Sam dan Wong Thiam Mun mendapat 8 mata masing-masing.
Untuk pasukan Filipina pula, Terrence Fortea, Kai Sotto dan Recaredo Calimag masing-masing mendapat 15 mata masing-masing. Pemain terbaik Kai Sotto yang menjaringkan 15 mata, juga mendapat 12 rebounds dan 4 block.
Malaysia memulakan suku pertama agak baik dan memberikan tekanan sejak dari mula ke atas Philippines. Melalui jaringan awal daripada John Tang dan Teoh Yi Kang, Malaysia mendapat pendahuluan awal 5-0 di hadapan Filipina.
Sukar untuk Malaysia menghadapi tiga pemain Filipina yang mempunyai ketinggian lebih dua meter, tetapi berkat jaringan tepat pemain negara, Malaysia mampu memberi serangan dan pertahanan yang agak baik.
Malaysia ketinggalan tujuh mata pada akhir suku pertama di belakang Filipina, 22-15.
Dalam suku kedua pula, Malaysia menyerang dari dalam dan luar garisan, mendapat jaringan tiga mata dan menghampiri Filipina dengan satu mata pada tiga minit pertama. Walaupun Filipina cuba menjauhi Malaysia beberapa kali, Jason Khor dan Teoh Yi Kang menyerang kembali mendapatkan jaringan.
Malaysia mengikuti Filipina dengan hanya satu mata sahaja dalam dua minit terakhir sehinggalah Terrence Fortea mendapat jaringan tiga mata. Sebelum wisel penamat separuh masa pertama, Bismarck Lina membuat jaringan layup untuk kembali di hadapan Malaysia sebanyak 7 mata, 43-36.
Dalam suku ketiga pula, pasukan Filipina menggunakan strategi man-to-man pressure dan pada yang sama, Malaysia pula mengalami masalah trouble. Pasukan tuan rumah mula menjarakkan jurang mata dan mengumpul 22 mata manakala Malaysia pula setakat 14 mata.
Meskipun Malaysia semakin ketinggalan, tetapi jurang perbezaan mata tidak jauh daripada jaringan Filipina, 65-52.
Suku keempat melihat dua pemain utama negara, Tan Ee Wan dan Teoh Yi Kang akhirnya terpaksa keluar dari gelanggang kerana mendapat lima foul.
Wakil untuk rantau Asia Tenggara akan diwakili juara dan naib juara kejohanan ini, Filipina dan Malaysia dalam kejohanan Piala FIBA Asia bawah 16 tahun yang bakal diadakan.
Berikut adalah keputusan penuh perlawanan hari ini:
1. Singapore vs Thailand (58-75)
2. Filipina vs Malaysia (83-62)
Kedudukan akhir kejohanan bola keranjang Asia Tenggara SEABA bawah 16 tahun:
1. Filipina
2. Malaysia
3. Thailand
4. Vietnam
5. Singapura

