Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Sukan
Atlet memanah, menembak dinobat olahragawan & olahragawati UPM

Penembak elit negara Johnathan Wong Guanjie dan pemanah wanita negara Saritha Cham Nong masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Anugerah Sukan UPM edisi ke-33 di Serdang, malam tadi.

Jonathan yang merupakan Olimpian negara di temasya Sukan Olimpik Rio 2016 mengetepikan dua lagi atlet menembak, Muhammad Zubair Mohamad dan Mohamad Lutfi Othman untuk meraih gelaran itu.

Sementara itu, Saritha yang memenangi pingat emas dalam acara compound berpasukan pada Kejohanan Memanah Piala Asia 2016 mengekalkan gelaran yang dimenanginya pada edisi lalu selepas menewaskan dua atlet lawan pedang Ivy Cheah Shio Yong dan Natasha Ezzra serta Nur Syafazliyana Mohd Ali daripada sukan bola jaring.

Pemain hoki lelaki negara, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan dan ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli pula dipilih sebagai penerima Anugerah Bintang Harapan Lelaki dan Bintang Harapan Wanita.

Zaidatul yang ditemui pemberita selepas majlis itu berkata anugerah tersebut merupakan satu pengiktirafan untuknya selain melonjakkan semangatnya dalam membuat persiapan menjelang temasya Sukan SEA Kuala Lumpur Ogos depan.

Mohamad Syafiq yang merupakan pemain termuda dalam skuad negara di Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2017 berkata anugerah itu merupakan yang tertinggi diterimanya sepanjang pembabitannya dalam sukan hoki.

"Saya akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi kerana perjalanan karier saya baru sahaja bermula," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS