Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Malaysia belasah Jerman 5-0
Diterbitkan:  May 23, 2017 2:39 PM
Dikemaskini: 6:43 AM

Skuad negara memulakan kempen Kejohanan Badminton Piala Sudirman dengan langkah kanan selepas membenam Jerman 5-0 pada perlawanan pertama peringkat kumpulan C di Gold Coast, Australia, hari ini.

Beregu campuran Tan Kian Meng/Lai Pei Jing mengutip mata pertama selepas mudah menewaskan pasangan Mark Lamsfuss/Isabel Hettrich dengan straight set 21-17 dan 21-13 dalam aksi yang berlangsung di Gold Coast & Leisure Centre.

Kemudian jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei hanya memerlukan 34 minit untuk meletakkan pasukan di hadapan 2-0 apabila memenangi perlawanan perseorangan lelaki menentang Roth Fabian dengan 21-12 dan 21-11.

Beregu lelaki utama Goh V Shem/Tan Wee Kiong mengesahkan kemenangan skuad dengan menyumbang mata ketiga selepas mengenepikan Jones Rafly Jansen/Josche Zurwonne, 21-16, 21-19.

Pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei tidak berdepan masalah mengalahkan Fabiene Deprez dengan 21-10 dan 21-13 dalam masa 31 minit manakala beregu wanita Vivian Hoo/Woon Khe Wei melengkapkan perlawanan dengan menewaskan Johanna Goliszewski/Isabel Herttrich 21-12 dan 21-11.

Dalam perlawanan pembukaan kumpulan C pada Ahad, Jepun mengalahkan Jerman 4-1.

Malaysia akan berdepan Jepun untuk menentukan juara kumpulan C esok.

Sementara itu, juara 10 kali China mendahului kumpulan A selepas menewaskan Hong Kong 4-1 dan akan bertemu Thailand esok bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

-Bernama

Lihat Komen
ADS