Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Liverpool paling bersih, hargai penyokong remaja
Diterbitkan:  May 23, 2017 2:57 PM
Dikemaskini: 7:02 AM

Semusim tanpa dicemari kad merah, Liverpool menerima penghargaan melalui anugerah Fair Play Liga Perdana Inggeris musim 2016/17.

Lebih manis, skuad The Kop menghadiahkan semula ganjaran diperolehi daripada anugerah tersebut kepada penyokong remaja mereka.

Kelab bimbingan Jurgen Klopp itu menerima ganjaran £20,000 (RM111,611) atas kejayaan itu, lapor Sky Sports.

Wang tersebut tidak diambil untuk kegunaan kelab sebaliknya dihadiahkan semula kepada penyokong remaja mereka melalui tiket bermusim.

Seramai 260 peminat berusia antara 17 hingga 21 tahun akan menikmatkan potongan 75 peratus daripada pembelian pas bermusim untuk menyaksikan setiap perlawanan pasukan itu.

Terdahulu Liverpool meraih 216 mata sekali gus paling rendah berbanding 19 pasukan lain selepas mengumpul 54 kad kuning dan tanpa kad merah.

Pasukan di tempat kedua berpihak kepada Swansea City dengan kutipan 224 mata fair play. Skuad Angsa Putih itu mengumpulkan 56 kartu kuning dan turut tidak dikenakan kad merah pada musim ini.

Selain itu, Bournemouth berada di kedudukan ketiga dengan 240 mata diikuti Tottenham Hotspur (248 mata) dan Southampton (256 mata).

Lihat Komen
ADS