Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Kontrak disambung, Wenger jurulatih kelima terlama
Diterbitkan:  May 31, 2017 3:56 PM
Dikemaskini: 8:00 AM

Kesediaan Arsene Wenger untuk meneruskan khidmatnya dua tahun lagi sebagai pengurus Arsenal meletakkan jurulatih berusia 67 tahun itu dalam kelompok lima pengurus terlama di sesebuah kelab Eropah.

Sejak menandatangani perjanjian kali pertama dengan Arsenal pada Oktober 1996, pemilik gelaran 'The Professor' itu sudah 20 tahun lapan bulan mengendali skuad The Gunners.

Sehingga 27 Mei tahun ini, Wenger sudah mengharungi 1,175 perlawanan bersama Arsenal dengan rekod kemenangan 676 perlawanan atau 57.5 peratus

Jurulatih kelahiran Perancis itu kini berada pada kedudukan kelima dalam rekod jurulatih paling lama bertahan bersama sebuah kelab.

Data tersebut dianalisis Sky Sport melalui worldfootball.net berdasarkan rekod jurulatih di 252 kelab sejak 1960.

Tempoh perkhidmatan Wenger selama 20 tahu lapan bulan itu diatasi empat Guy Roux yang menguruskan kelab Auxerre, Sir Alex Ferguson (Manchester United), Michel Le Millinaire (Laval), serta Dario Gradi (Crewe Alexandra).

Terdahulu, pengurusan Arsenal memilih untuk terus menggunakan khidmat Wenger dengan menyambung kontraknya selama dua tahun selepas Arsenal berjaya menjulang Piala FA musim ini.

Berikut senarai 10 jurulatih paling lama di Eropah:

1) Guy Roux (Auxerre) 36 tahun, 6 bulan (1961-2005)
2) Sir Alex Ferguson (Manchester United) 26 tahun 8 bulan (1986-2013)
3) Michel Le Millinaire (Stade Laval) 24 tahun (1968-1992)
4) Dario Gradi (Crewe Alexandra) 23 tahun, 10 bulan (1983-2007)
5) Arsene Wenger (Arsenal) 20 tahun, 8 bulan (sejak 1996)

6) Brian Clough (Nottingham Forest) 18 tahun, 4 bulan (1975-1993)
7) Tony Waddington (Stoke City) 17 tahun (1960-1977)
8) Jose Arribas (Nantes) 16 tahun (1960-1976)
9) Volker Finke (Freiburg) 16 tahun (1991-2007)
10) John Lyall (West Ham United) 15 tahun (1974-1989)
 

Lihat Komen
ADS